PAYMENT FORM AiRECCA ♥

* AGENT PAYMENT FORM

*AGENT PERLU ISI SEMUA RUANGAN! ♥

*PASTIKAN SEMUA RUANGAN DI ISI DENGAN LENGKAP! ♥

Full Name Agent :
FB Username Agent :
Phone Number (Agent) :
Email Agent (Penting !) :
Customer Name :
Home/ Office Address (Customer) :
Phone Number (Customer) :

Example :

Product code / Size / Colour : A4-AR29-BLACK CRYSTAL POLOS / M / Hitam

Product code / Size / Colour : (Required)
JUMLAH BAYARAN (MYR):
Bank Pilihan : Maybank2u
Cimb Clicks
Online banking (dari bank lain)
ATM Cash deposit- Maybank
ATM Cash deposit-CIMB

Jika anda mahu menukar tempahan atau menambah tempahan selepas menghantar borang ini

SILA maklumkan pada kami melalui facebook (Norizah Ali Airecca)

 

TERIMA KASIH ♥


Create a web form here

FIND US !!

FIND US !!
CLICK ME !!

Thursday, January 23, 2014

THE POWER OF ELMU

[The Power of Elmu]


Setiap hari ramai yg pm Airecca utk jd agen dan pengedar. Tetapi berapa ramai yg betul2 nk buat dan mulakan bisnes dgn niat yg betul. 

Berbisnes bukan shj bertujuan utk menambahkan duit dibank, tetapi klau kita ubah niat dr nk cari duit kpd menambah nilai hidup org lain inshaa allah niat kita itu pasti Allah rahmati.

Ramai diluar sana nk bisnes tp hot2 chicken shit! Baru diduga dgn tiada customer trs give up..bila customer tya tp x beli dh putus asa. Trs rasa yg diri x pandai n x sesuai bisnes.

Utk bisnes kita kena ada mentor. Cari mentor biarlah yg dh berjaya..jgn mentor tu pun 2x5 mcm kita gak..dok merangkak lg..dan yg paling penting ilmu! Walau kita hya bisnes part-time tp kita kena jga cari ilmu utk majukan bisnes kita yg biasa2 tu menjadi huru hara dan luar biasa.

Bisnes x bole try2 jd..jd..x jd aku try bisnes lain pulak! Haa..cara ni sampai kiamat pun gerenti uolls x akn jmpa pya. Prinsip bisnes buat smpai abis.

Apa yg penting cari ilmu sebyk mgkn dan praktikkan pastu kita bole share rezeki kita dgn org lain.

Betul ke betul?

Kepakaran kknor adalah menyediakan blouse2 cotton yg cantik serta menyediakan platform bisnes tanpa modal pd suri rmh, student2 serta yg berminat dan bersemangat. Dgn sistem dropship dan database yg mantap anda pasti boomm! Pm utk pencerahan.

Jom zikir subhanallah33x. Alhamdulillah33x. AllahHuAkhbar34x

Sunday, January 5, 2014

6 ELEMEN PENTING YG PERLU KITA BAWA DLM BISNES KITA.



SEKADAR PERKONGSIAN ILMU ♥♥♥

Ada 6 elemen yg penting yg perlu kita bawa dlm bisnes kita.

1- THE POWER OF LOVE

-sejauh mana tahap kasih sayang kita pd produk kita.
-sentiasa senyum dan happy waktu berbisnes atau keje akan menghasilkan sale produk yg bagus.
-Jgn letak duit no. 1. Sayang pd produk letak paling atas.

2- THE POWER OF RELATIONSHIP

-perbaiki perhubungan kita dgn Allah.
-perbaiki perhubungan kita dgn Manusia.
-Bina relationship dgn customer bukan sekadar utk dpt duit shj, akan sebabkan kita kekal & kukuh dalam bisnes.

3- THE POWER OF EMOTIONAL

-kena pandai kontrol emosi kita. Bagaimana kita terima Reject dr customer dgn sabar, itu tanda tahap kesabaran kita tinggi. Maknanya masih ada yg kita kena improve dlm diri kita or dlm bisnes kita. (muhasabah diri)
-tidak perlu bergaduh2 dgn customer - minta maaf shj walau customer yg salah.

4- THE POWER OF EXPECTATION

-expect ke level yg kita nak dgn tindakan.
contoh :
::nak kuantiti helai baju 200 pcs sehari.
::nak kedai atau nak kereta. - ambil foto dan tulis matlamat, letak di tempat yg senang kita lihat.

5- THE POWER OF SEDEKAH

-anggap org yg minta sedekah itu malaikat yg nk uji kita - sejauh mana kita kuat nk bagi pd dia.
contoh :
::1st customer dtg kedai - sedekah- jadikan amalan, tak kisah la jika yg 1st tu beli or tak beli (tak semestinya sedekah baju...bole sedekah apa shj)

6- THE POWER OF SYUKUR (THE LAW OF GRATITUTE)

-tukar dr merungut kpd bersyukur.
-dr subuh minta izin dr Allah kerana Allah Maha Kaya. Bercinta dgn Allah. Berkomunikasi dgn Allah.

Friday, December 27, 2013

MULUT MESTI MANIS


Semasa dikedai kknor dikunjungi oleh seorang wanita seusia kknor, sambil memilih2 blouse dan jubah2 yg d pamerkan, kami bersesi ramah mesra. Rupanya beliau pun ada bisnes.

Beliau bertanya b/mana kknor bole jual blouse dgn byk sekali. Klau beliau susah sgt nk laku..mcm x ada aura.

Bagi la tips..pintanya.

Mudah shj, kita kenal produk kita dan yakin dgn produk kita senang nk jual.

Apa shj yg customer ckp negative ttg produk kita, dgn mudah kita positivekan customer tersebut.

Lagi satu kita mesti fokus dan fokus, dlm byk2 produk yg kita jual, kita mesti ada "killer product". So kita push "killer product" kita tu.

Dan mulut mesti manis..semanis kurma..oops klau jual online mana customer nmpak..lagi la mudah..x senyum pun x pe janji ayat manis lariss..x caya cuba la 

Sebenarnya panjang lg perbualan kami tp kknor pendekkan takut u olls boring pulak..

*jom berzikir. Subhanallah 33x. Alhamdulillah 33x. Allahhu Akhbar 34x.



Sunday, October 27, 2013

THE POWER OF COMMUNICATION



Ini kisah teman baru semasa seminar IMKK tempohari.

Semasa sesi menulis surat utk orang tersayang, dia mula menangis dgn perlahan dan tertahan2. Makin lama makin lebat air mata berjurai jatuh atas kertas. Tp tangannya laju menulis, ini bermakna byk isi hati yg telah lama terpendam dikeluarkan pd hari itu. Tp pd siapa agaknya ibubapanya ke...suaminya ke?

Tibalah time sharing, kak nor minta dia share dulu. Baru stat patah2 ayat terawal, kak nor dah tak dapat memahami apa yg dibaca kerana dia menangis dgn esakan kuat tanpa keluar perkataan yg dibaca, airmata bercucuran atas surat yg ditulis, habis kembang tulisan kerana kami menggunakan magic colour utk menulis.

Kak nor peluk dia erat2, sabarkan dan minta dia isthigfar byk2 tp still teresak2. Wah beratnya beban yg dipikulnya selama ini. Sampai dia tak dapat control lagi.

Setelah selesai sesi, dia memeluk kak nor dan berterima kasih kerana sudi bagi pinjam bahu kak nor utk dia menangis walaupun kami baru aje bertemu. Tanpa dipinta dia bercerita betapa dia menanggung kesengsaraan dgn sikap suaminya yg suka menggunakan kuasa "veto". Suaminya yg tak suka berbincang, yg kurang berkomunikasi tapi suaminya seorang yg bertanggungjawab dan baik orangnya. Selepas menangis dia rasa beban yg ditanggung sebelum2 ini terasa ringan sikit. Rupanya dh lama dia simpan.

Selesai seminar, kami tak pernah berhubung lagi. Tp dgn izin Allah kami berjumpa di suatu seminar Dr Azizan juga dan kak nor lihat ada keceriaan diwajahnya. Dia memaklumkan bahawa dia menulis semula surat kpd suaminya dan alhamdulillah banyak perubahan yg suaminya lakukan. Hidupnya skg lebih bermakna.

Ya Allah dengan izinMu hanya dgn secebis surat yg ditulis dari hati dan airmata seorang isteri, hati keras seorang suami boleh berubah sekelip mata. Subhanaallah.

Moral dpd kisah ini setiap pasangan mesti berkomunikasi dgn betul dan amat penting utk menjaga hati pasangan masing2 dan setiap perkara kita mesti duduk berbincang.

Wahai para suami, walau syurga itu dibawah telapak kaki suami, janganlah anda guna kuasa "veto" bawalah berbincang dan bertolak-ansur dlm setiap perkara sbb tak akan rugi apa2 pun. Kadang2 sesuatu perkara tu kecil di mata suami tp mungkin besar di mata para isteri.

Sayangi isteri uolls yea. ♥♥♥



.....

Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang  tercantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.









Thursday, October 24, 2013

BERSEDEKAH TAK SEMESTINYA WANG



Ini kisah seorang lelaki yg menjadi rutin setiap kali solat jumaat dia akan bersedekah. Walau cuma seringgit ia tetap bersedekah. Dia tidak bergaji besar hatta wang yg banyak tp dia mempunyai niat yg murni.

Dia berfikir apa yg patut dia sedekah dgn nilai wang yg sedikit tp ramai yg dpt menikmatinya. Biasanya org suka sedekah pisang. Tp bagi pandangan lelaki ini harga pisang mahal. 

Suatu pg jumaat dia dpt idea (dgn izin Allah). Sblm ke masjid utk bersolat jumaat dia ke kedai supplier air mineral dan membeli air mineral cawan sebanyak 2 peti yg mana harganya mmg murah, banyak dan mampu dibeli oleh lelaki ini. Bila sampai masjid kebetulan panas terik maka ramailah jemaah yg ambil hingga tak cukup. Hati lelaki itu berasa lega kerana niat baiknya utk bersedekah walau bukan beratus atau beribu RM tp sedekahnya dpt menolong jemaah2 utk membasahkan tekak sementara nk tunai solat jumaat.
Alhamdulillah rezekinya bertambah dan dia tetap bersedekah yg sama dan dgn lebih byk lagi agar ramai jemaah yg dpt.

Moral pd cerita benar ini, jika niat kita ikhlas kerana Allah, walau nilainya kecil, Allah akan tunjukkan jalan bagaimana caranya. Oleh itu pd yg nk bersedekah kita tak perlu tunggu duit byk gaji besar yg penting ikhlas.

Bersedekah dpt mencuci kolam hati kita agar tidak berkeladak. Jika selalu dicuci kolam hati kita maka lebih byk air bersih dpt ditakung.

♥♥♥

SIAPA PERNAH BERNIAGA IKUT MUSIM?


Bila musim org jual kuih durian dia niaga kuih durian. Bila musim org jual produk kesihatan dia pun jual produk kesihatan dr pelbagai jenama. Org jual bedak putih2 dia pun jual bedak putih2. Kiranya macam-macam ada..

Dulu zaman kak nor pun sama. Masa mula-mula berniaga sambilan, time ni masih bekerja di Syarikat Kewangan, kak nor memang sentiasa tak dok diam...ada je dlm kepala ni nk niaga apa..kira ikut musim juga la. Nawaitu, niat dan tujuan hanya satu, nak tambah pendapatan sampingan.

Masa ni kek layer pelbagai rasa tgh musim..supplier pun blm ramai so bila dpt je supplier kak nor terus mulakan tanpa bertangguh. Hampir semua member kat ofis kak nor yg bertingkat2 tu kak nor buat promosi. Sambil menyelam minum air..hehe..prospek kak nor semua member ofis shj. Terutama tea lady, sbb mereka ni yg jaga meeting, meeting yg perlu disediakan makanan byk juga. Rezeki ni, Allah nk bagi.

Maka hampir setiap hari ada order, tempat kerja kat Petaling Jaya balik naik 2 bas, masa ni bas mini byk dan rebut2, sampai rumah ambik anak kat rumah mak terus ajak hasben pegi ke tempat supplier kat ampang, tak boleh bertangguh dah sebab lagi lambat lagi teruk jemnya dan supplier pulak cepat tutup kedai. So memang terkejar2. Esok pagi hasben tolong antar smpai kat department sebab kena bawa bertingkat2 pulak bekas kek2 tu memang berat. Nasib baik la dpt hasben yg sporting. Sambil2 kerja tu sempat lagi antar order, jual kek memang best sebab dpt cash. Tp tak boleh lama sebab org mudah bosan..ye la tak kan hari2 nk makan kek kan. Lagi pun skop kawasan bisnes tu terhad.

Pastu org sibuk dengan tudung bawal yg berjuntai batu hiasan. Kak Nor pun terfikir jual tudung pun ok. Balik terus plan dgn hasben pegi arked kat jln TAR cari tudung, korek duit gaji utk buat modal.
Harga kak nor jual tak le mahal sgt sbb dgn kawan2 tak sampai hati pastu siap bg utang lagi bila time 25hb boleh la kutip utang sbb dh gaji. Bila utang org tak ambik sikit2 mereka akan ambik beberapa helai. Best sebab cepat abis, tak bestnya sbb nk rolling tu kena tggu ujung bulan baru dpt duitnya.

Haa ni paling best, bila mula je bulan ramadhan, kak nor le org paling sibuk, kawan2 lama cari kak nor sebab nk letak kuih raya, mula bagi sample kuih raya utk kak nor edarkan. Walau sibuk macamana pun kerja yg boss bagi tetap dibuat ikut peraturan kalau tak nanti gaji tak naik beb..Bila jual kuih raya kak nor tak ambik komisen, kak nor ambik kuih raya sebagai keuntungan. So bila time raya dah tak perlu beli kuih raya, kalau beli pun sikit2 shj penambah atas meja. Lagi seminggu nk raya supplier kuih raya anta stok dan kak nor edarkan so setel keje sblm raya.

Dipendekkan cerita memandangkan kak nor tak fokus dengan satu2 produk tu maka setiap yg kak nor jual hanya dlm waktu2 tertentu shj..tak lasting. Nampak sgt yg kita tak pakar dlm produk yg kita jual. Rasa2 kalau kita cerita kehebatan produk tersebut org nk percaya ke? Org nk ke..buat kita sebagai tempat rujukan dia?

Pastu nawaitu, tujuan, matlamat nk berniaga tu kena betul kerana berniaga ni bukan shj bertujuan utk menambah duit di poket kita sorang2 shj, kita kena berniat dan bermatlamat utk add value pd org lain, kita kena kongsi ilmu dgn org lain juga, kita mesti tunjuk kasih-sayang melalui kata2 dan perkongsian dgn ikhlas dan tak perlu balasan. Biar Allah shj yg membalasnya.

Bila nawaitu dan matlamat kita dh betul, hati kita lebih tenang dan happy selalu, masa ni kita bole buat solat wajib diawal waktu, buat solat dhuha, solat tahajud utk menambah nilai kita disisi Allah.

Inshaa allah rezeki datang tanpa disangka.

~mudahnya menjemput rezeki~




Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang  tercantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.




Wednesday, October 16, 2013

BISNES BUKAN HOBI


Kak nor ingin berkongsi dgn anda semua..

Kak nor selalu dapat soalan cepu emas spt berapa modal kak nor mula niaga? susah tak nk mulakan bisnes mcm kak nor ni? kak nor bole beri tunjuk ajar tak camna nk mulakan bisnes mcm kak nor ni?

Semua tu memang kak nor bole bagi jawapannya, tapi mampukah anda utk mula dari susah dahulu kemudian pelan-pelan merangkak naik, biasanya dan ramai juga agen-agen dan pengedar yg kak nor pernah bagi konsultansi percuma, kak nor lihat masa mula-mula mmg teruja sgt2 utk memulakan bisnes tapi bila bisnes slow mula tukar arah, buat bisnes lain pulak, pastu bisnes yg kedua tu slow jugak, buat pula bisnes lain..mmg tak fokus cara gitu. Seperti manusia masuk hutan hilang kompas aje gayanya. Jika anda buka bisnes pertama dan meletop itu memang rezeki tapi setiap bisnes pasti ada pasang surutnya dan tugas kita memastikannya agar tetap diatas dan terbaik. Itu pentingnya marketing dan betapa pentingnya mencari ilmu dlm bidang yg kita ceburi.

Utk memudahkan seseorg tu nk mulakan bisnes, kak nor bagi nasihat agar anda fikirkan apakah yg anda minat? kalau minat kearah fesyen atau pakaian wanita maka bole la buka bisnes seperti Airecca, kerana kak nor masa dulu pernah buka kedai majalah dan novel...kenapa?
1- bisnes yg tak berisiko sbb bole return bila tak laku,
2- sebab suka baca majalah dan novel.

Tp kepuasan dihati dan dijiwa mmg tak ada. Akhirnya skg seperti dh jumpa apa yg kak nor jatuh cinta..pakaian wanita..pastu buying power yg paling tinggi ialah WANITA. Memang sah tak payah bersuluh lagi 

Oleh itu anda hanya perlu tanya pd diri sendiri, "apa yg aku minat? kemudian baru mula mencari dan memulakan bisnes tersebut, baru anda akan buat bisnes dari hati ♥♥

Jika berminat mengenai produk pakaian Airecca anda dijemput utk pm (private message) Airecca Collection. Anda akan dilayan segera. Kepuasan hati anda adalah kegembiraan buat kami.