PAYMENT FORM AiRECCA ♥

* AGENT PAYMENT FORM

*AGENT PERLU ISI SEMUA RUANGAN! ♥

*PASTIKAN SEMUA RUANGAN DI ISI DENGAN LENGKAP! ♥

Full Name Agent :
FB Username Agent :
Phone Number (Agent) :
Email Agent (Penting !) :
Customer Name :
Home/ Office Address (Customer) :
Phone Number (Customer) :

Example :

Product code / Size / Colour : A4-AR29-BLACK CRYSTAL POLOS / M / Hitam

Product code / Size / Colour : (Required)
JUMLAH BAYARAN (MYR):
Bank Pilihan : Maybank2u
Cimb Clicks
Online banking (dari bank lain)
ATM Cash deposit- Maybank
ATM Cash deposit-CIMB

Jika anda mahu menukar tempahan atau menambah tempahan selepas menghantar borang ini

SILA maklumkan pada kami melalui facebook (Norizah Ali Airecca)

 

TERIMA KASIH ♥


Create a web form here

FIND US !!

FIND US !!
CLICK ME !!

Thursday, October 24, 2013

SIAPA PERNAH BERNIAGA IKUT MUSIM?


Bila musim org jual kuih durian dia niaga kuih durian. Bila musim org jual produk kesihatan dia pun jual produk kesihatan dr pelbagai jenama. Org jual bedak putih2 dia pun jual bedak putih2. Kiranya macam-macam ada..

Dulu zaman kak nor pun sama. Masa mula-mula berniaga sambilan, time ni masih bekerja di Syarikat Kewangan, kak nor memang sentiasa tak dok diam...ada je dlm kepala ni nk niaga apa..kira ikut musim juga la. Nawaitu, niat dan tujuan hanya satu, nak tambah pendapatan sampingan.

Masa ni kek layer pelbagai rasa tgh musim..supplier pun blm ramai so bila dpt je supplier kak nor terus mulakan tanpa bertangguh. Hampir semua member kat ofis kak nor yg bertingkat2 tu kak nor buat promosi. Sambil menyelam minum air..hehe..prospek kak nor semua member ofis shj. Terutama tea lady, sbb mereka ni yg jaga meeting, meeting yg perlu disediakan makanan byk juga. Rezeki ni, Allah nk bagi.

Maka hampir setiap hari ada order, tempat kerja kat Petaling Jaya balik naik 2 bas, masa ni bas mini byk dan rebut2, sampai rumah ambik anak kat rumah mak terus ajak hasben pegi ke tempat supplier kat ampang, tak boleh bertangguh dah sebab lagi lambat lagi teruk jemnya dan supplier pulak cepat tutup kedai. So memang terkejar2. Esok pagi hasben tolong antar smpai kat department sebab kena bawa bertingkat2 pulak bekas kek2 tu memang berat. Nasib baik la dpt hasben yg sporting. Sambil2 kerja tu sempat lagi antar order, jual kek memang best sebab dpt cash. Tp tak boleh lama sebab org mudah bosan..ye la tak kan hari2 nk makan kek kan. Lagi pun skop kawasan bisnes tu terhad.

Pastu org sibuk dengan tudung bawal yg berjuntai batu hiasan. Kak Nor pun terfikir jual tudung pun ok. Balik terus plan dgn hasben pegi arked kat jln TAR cari tudung, korek duit gaji utk buat modal.
Harga kak nor jual tak le mahal sgt sbb dgn kawan2 tak sampai hati pastu siap bg utang lagi bila time 25hb boleh la kutip utang sbb dh gaji. Bila utang org tak ambik sikit2 mereka akan ambik beberapa helai. Best sebab cepat abis, tak bestnya sbb nk rolling tu kena tggu ujung bulan baru dpt duitnya.

Haa ni paling best, bila mula je bulan ramadhan, kak nor le org paling sibuk, kawan2 lama cari kak nor sebab nk letak kuih raya, mula bagi sample kuih raya utk kak nor edarkan. Walau sibuk macamana pun kerja yg boss bagi tetap dibuat ikut peraturan kalau tak nanti gaji tak naik beb..Bila jual kuih raya kak nor tak ambik komisen, kak nor ambik kuih raya sebagai keuntungan. So bila time raya dah tak perlu beli kuih raya, kalau beli pun sikit2 shj penambah atas meja. Lagi seminggu nk raya supplier kuih raya anta stok dan kak nor edarkan so setel keje sblm raya.

Dipendekkan cerita memandangkan kak nor tak fokus dengan satu2 produk tu maka setiap yg kak nor jual hanya dlm waktu2 tertentu shj..tak lasting. Nampak sgt yg kita tak pakar dlm produk yg kita jual. Rasa2 kalau kita cerita kehebatan produk tersebut org nk percaya ke? Org nk ke..buat kita sebagai tempat rujukan dia?

Pastu nawaitu, tujuan, matlamat nk berniaga tu kena betul kerana berniaga ni bukan shj bertujuan utk menambah duit di poket kita sorang2 shj, kita kena berniat dan bermatlamat utk add value pd org lain, kita kena kongsi ilmu dgn org lain juga, kita mesti tunjuk kasih-sayang melalui kata2 dan perkongsian dgn ikhlas dan tak perlu balasan. Biar Allah shj yg membalasnya.

Bila nawaitu dan matlamat kita dh betul, hati kita lebih tenang dan happy selalu, masa ni kita bole buat solat wajib diawal waktu, buat solat dhuha, solat tahajud utk menambah nilai kita disisi Allah.

Inshaa allah rezeki datang tanpa disangka.

~mudahnya menjemput rezeki~




Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang  tercantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.











No comments:

Post a Comment