PAYMENT FORM AiRECCA ♥

* AGENT PAYMENT FORM

*AGENT PERLU ISI SEMUA RUANGAN! ♥

*PASTIKAN SEMUA RUANGAN DI ISI DENGAN LENGKAP! ♥

Full Name Agent :
FB Username Agent :
Phone Number (Agent) :
Email Agent (Penting !) :
Customer Name :
Home/ Office Address (Customer) :
Phone Number (Customer) :

Example :

Product code / Size / Colour : A4-AR29-BLACK CRYSTAL POLOS / M / Hitam

Product code / Size / Colour : (Required)
JUMLAH BAYARAN (MYR):
Bank Pilihan : Maybank2u
Cimb Clicks
Online banking (dari bank lain)
ATM Cash deposit- Maybank
ATM Cash deposit-CIMB

Jika anda mahu menukar tempahan atau menambah tempahan selepas menghantar borang ini

SILA maklumkan pada kami melalui facebook (Norizah Ali Airecca)

 

TERIMA KASIH ♥


Create a web form here

FIND US !!

FIND US !!
CLICK ME !!

Sunday, October 27, 2013

THE POWER OF COMMUNICATION



Ini kisah teman baru semasa seminar IMKK tempohari.

Semasa sesi menulis surat utk orang tersayang, dia mula menangis dgn perlahan dan tertahan2. Makin lama makin lebat air mata berjurai jatuh atas kertas. Tp tangannya laju menulis, ini bermakna byk isi hati yg telah lama terpendam dikeluarkan pd hari itu. Tp pd siapa agaknya ibubapanya ke...suaminya ke?

Tibalah time sharing, kak nor minta dia share dulu. Baru stat patah2 ayat terawal, kak nor dah tak dapat memahami apa yg dibaca kerana dia menangis dgn esakan kuat tanpa keluar perkataan yg dibaca, airmata bercucuran atas surat yg ditulis, habis kembang tulisan kerana kami menggunakan magic colour utk menulis.

Kak nor peluk dia erat2, sabarkan dan minta dia isthigfar byk2 tp still teresak2. Wah beratnya beban yg dipikulnya selama ini. Sampai dia tak dapat control lagi.

Setelah selesai sesi, dia memeluk kak nor dan berterima kasih kerana sudi bagi pinjam bahu kak nor utk dia menangis walaupun kami baru aje bertemu. Tanpa dipinta dia bercerita betapa dia menanggung kesengsaraan dgn sikap suaminya yg suka menggunakan kuasa "veto". Suaminya yg tak suka berbincang, yg kurang berkomunikasi tapi suaminya seorang yg bertanggungjawab dan baik orangnya. Selepas menangis dia rasa beban yg ditanggung sebelum2 ini terasa ringan sikit. Rupanya dh lama dia simpan.

Selesai seminar, kami tak pernah berhubung lagi. Tp dgn izin Allah kami berjumpa di suatu seminar Dr Azizan juga dan kak nor lihat ada keceriaan diwajahnya. Dia memaklumkan bahawa dia menulis semula surat kpd suaminya dan alhamdulillah banyak perubahan yg suaminya lakukan. Hidupnya skg lebih bermakna.

Ya Allah dengan izinMu hanya dgn secebis surat yg ditulis dari hati dan airmata seorang isteri, hati keras seorang suami boleh berubah sekelip mata. Subhanaallah.

Moral dpd kisah ini setiap pasangan mesti berkomunikasi dgn betul dan amat penting utk menjaga hati pasangan masing2 dan setiap perkara kita mesti duduk berbincang.

Wahai para suami, walau syurga itu dibawah telapak kaki suami, janganlah anda guna kuasa "veto" bawalah berbincang dan bertolak-ansur dlm setiap perkara sbb tak akan rugi apa2 pun. Kadang2 sesuatu perkara tu kecil di mata suami tp mungkin besar di mata para isteri.

Sayangi isteri uolls yea. ♥♥♥



.....

Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang  tercantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.









Thursday, October 24, 2013

BERSEDEKAH TAK SEMESTINYA WANG



Ini kisah seorang lelaki yg menjadi rutin setiap kali solat jumaat dia akan bersedekah. Walau cuma seringgit ia tetap bersedekah. Dia tidak bergaji besar hatta wang yg banyak tp dia mempunyai niat yg murni.

Dia berfikir apa yg patut dia sedekah dgn nilai wang yg sedikit tp ramai yg dpt menikmatinya. Biasanya org suka sedekah pisang. Tp bagi pandangan lelaki ini harga pisang mahal. 

Suatu pg jumaat dia dpt idea (dgn izin Allah). Sblm ke masjid utk bersolat jumaat dia ke kedai supplier air mineral dan membeli air mineral cawan sebanyak 2 peti yg mana harganya mmg murah, banyak dan mampu dibeli oleh lelaki ini. Bila sampai masjid kebetulan panas terik maka ramailah jemaah yg ambil hingga tak cukup. Hati lelaki itu berasa lega kerana niat baiknya utk bersedekah walau bukan beratus atau beribu RM tp sedekahnya dpt menolong jemaah2 utk membasahkan tekak sementara nk tunai solat jumaat.
Alhamdulillah rezekinya bertambah dan dia tetap bersedekah yg sama dan dgn lebih byk lagi agar ramai jemaah yg dpt.

Moral pd cerita benar ini, jika niat kita ikhlas kerana Allah, walau nilainya kecil, Allah akan tunjukkan jalan bagaimana caranya. Oleh itu pd yg nk bersedekah kita tak perlu tunggu duit byk gaji besar yg penting ikhlas.

Bersedekah dpt mencuci kolam hati kita agar tidak berkeladak. Jika selalu dicuci kolam hati kita maka lebih byk air bersih dpt ditakung.

♥♥♥

SIAPA PERNAH BERNIAGA IKUT MUSIM?


Bila musim org jual kuih durian dia niaga kuih durian. Bila musim org jual produk kesihatan dia pun jual produk kesihatan dr pelbagai jenama. Org jual bedak putih2 dia pun jual bedak putih2. Kiranya macam-macam ada..

Dulu zaman kak nor pun sama. Masa mula-mula berniaga sambilan, time ni masih bekerja di Syarikat Kewangan, kak nor memang sentiasa tak dok diam...ada je dlm kepala ni nk niaga apa..kira ikut musim juga la. Nawaitu, niat dan tujuan hanya satu, nak tambah pendapatan sampingan.

Masa ni kek layer pelbagai rasa tgh musim..supplier pun blm ramai so bila dpt je supplier kak nor terus mulakan tanpa bertangguh. Hampir semua member kat ofis kak nor yg bertingkat2 tu kak nor buat promosi. Sambil menyelam minum air..hehe..prospek kak nor semua member ofis shj. Terutama tea lady, sbb mereka ni yg jaga meeting, meeting yg perlu disediakan makanan byk juga. Rezeki ni, Allah nk bagi.

Maka hampir setiap hari ada order, tempat kerja kat Petaling Jaya balik naik 2 bas, masa ni bas mini byk dan rebut2, sampai rumah ambik anak kat rumah mak terus ajak hasben pegi ke tempat supplier kat ampang, tak boleh bertangguh dah sebab lagi lambat lagi teruk jemnya dan supplier pulak cepat tutup kedai. So memang terkejar2. Esok pagi hasben tolong antar smpai kat department sebab kena bawa bertingkat2 pulak bekas kek2 tu memang berat. Nasib baik la dpt hasben yg sporting. Sambil2 kerja tu sempat lagi antar order, jual kek memang best sebab dpt cash. Tp tak boleh lama sebab org mudah bosan..ye la tak kan hari2 nk makan kek kan. Lagi pun skop kawasan bisnes tu terhad.

Pastu org sibuk dengan tudung bawal yg berjuntai batu hiasan. Kak Nor pun terfikir jual tudung pun ok. Balik terus plan dgn hasben pegi arked kat jln TAR cari tudung, korek duit gaji utk buat modal.
Harga kak nor jual tak le mahal sgt sbb dgn kawan2 tak sampai hati pastu siap bg utang lagi bila time 25hb boleh la kutip utang sbb dh gaji. Bila utang org tak ambik sikit2 mereka akan ambik beberapa helai. Best sebab cepat abis, tak bestnya sbb nk rolling tu kena tggu ujung bulan baru dpt duitnya.

Haa ni paling best, bila mula je bulan ramadhan, kak nor le org paling sibuk, kawan2 lama cari kak nor sebab nk letak kuih raya, mula bagi sample kuih raya utk kak nor edarkan. Walau sibuk macamana pun kerja yg boss bagi tetap dibuat ikut peraturan kalau tak nanti gaji tak naik beb..Bila jual kuih raya kak nor tak ambik komisen, kak nor ambik kuih raya sebagai keuntungan. So bila time raya dah tak perlu beli kuih raya, kalau beli pun sikit2 shj penambah atas meja. Lagi seminggu nk raya supplier kuih raya anta stok dan kak nor edarkan so setel keje sblm raya.

Dipendekkan cerita memandangkan kak nor tak fokus dengan satu2 produk tu maka setiap yg kak nor jual hanya dlm waktu2 tertentu shj..tak lasting. Nampak sgt yg kita tak pakar dlm produk yg kita jual. Rasa2 kalau kita cerita kehebatan produk tersebut org nk percaya ke? Org nk ke..buat kita sebagai tempat rujukan dia?

Pastu nawaitu, tujuan, matlamat nk berniaga tu kena betul kerana berniaga ni bukan shj bertujuan utk menambah duit di poket kita sorang2 shj, kita kena berniat dan bermatlamat utk add value pd org lain, kita kena kongsi ilmu dgn org lain juga, kita mesti tunjuk kasih-sayang melalui kata2 dan perkongsian dgn ikhlas dan tak perlu balasan. Biar Allah shj yg membalasnya.

Bila nawaitu dan matlamat kita dh betul, hati kita lebih tenang dan happy selalu, masa ni kita bole buat solat wajib diawal waktu, buat solat dhuha, solat tahajud utk menambah nilai kita disisi Allah.

Inshaa allah rezeki datang tanpa disangka.

~mudahnya menjemput rezeki~




Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang  tercantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.




Wednesday, October 16, 2013

BISNES BUKAN HOBI


Kak nor ingin berkongsi dgn anda semua..

Kak nor selalu dapat soalan cepu emas spt berapa modal kak nor mula niaga? susah tak nk mulakan bisnes mcm kak nor ni? kak nor bole beri tunjuk ajar tak camna nk mulakan bisnes mcm kak nor ni?

Semua tu memang kak nor bole bagi jawapannya, tapi mampukah anda utk mula dari susah dahulu kemudian pelan-pelan merangkak naik, biasanya dan ramai juga agen-agen dan pengedar yg kak nor pernah bagi konsultansi percuma, kak nor lihat masa mula-mula mmg teruja sgt2 utk memulakan bisnes tapi bila bisnes slow mula tukar arah, buat bisnes lain pulak, pastu bisnes yg kedua tu slow jugak, buat pula bisnes lain..mmg tak fokus cara gitu. Seperti manusia masuk hutan hilang kompas aje gayanya. Jika anda buka bisnes pertama dan meletop itu memang rezeki tapi setiap bisnes pasti ada pasang surutnya dan tugas kita memastikannya agar tetap diatas dan terbaik. Itu pentingnya marketing dan betapa pentingnya mencari ilmu dlm bidang yg kita ceburi.

Utk memudahkan seseorg tu nk mulakan bisnes, kak nor bagi nasihat agar anda fikirkan apakah yg anda minat? kalau minat kearah fesyen atau pakaian wanita maka bole la buka bisnes seperti Airecca, kerana kak nor masa dulu pernah buka kedai majalah dan novel...kenapa?
1- bisnes yg tak berisiko sbb bole return bila tak laku,
2- sebab suka baca majalah dan novel.

Tp kepuasan dihati dan dijiwa mmg tak ada. Akhirnya skg seperti dh jumpa apa yg kak nor jatuh cinta..pakaian wanita..pastu buying power yg paling tinggi ialah WANITA. Memang sah tak payah bersuluh lagi 

Oleh itu anda hanya perlu tanya pd diri sendiri, "apa yg aku minat? kemudian baru mula mencari dan memulakan bisnes tersebut, baru anda akan buat bisnes dari hati ♥♥

Jika berminat mengenai produk pakaian Airecca anda dijemput utk pm (private message) Airecca Collection. Anda akan dilayan segera. Kepuasan hati anda adalah kegembiraan buat kami.





Wednesday, October 9, 2013

BAGAIMANA ORANG NEGATIVE BOLEH BERTUKAR JADI POSITIF DALAM MASA 4 HARI


-12-sambungan entri yg lepas

Seminar IMKK (Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan) ini dah byk kali kak nor dengar, dah byk testimonial yg kak nor baca, macam best aje...so hari ini Mac 2013 kak nor akan hadirinya. Lokasi Setia Alam so selama 4 hari tu kak nor dari pagi hingga ke malam berseminar disitu, kesian suami kak nor dengan setia menghantar dan mengambil kak nor setiap hari tanpa jemu...suami cakap dia tak dapat nak bagi kemewahan pada kak nor tapi yang dia bole bagi kasih sayang serta kesetiaan..so touching and caring la my hasben ni.

Di IMKK macam2 yg kami semua belajar dan diajar. Macamana  kita bole buat kolam yang besar, bersihkan keladak2 dan penuhi dengan air bersih (faham ke faham) hihihi. Matlamat dan impian biar jelas lagi mudah kita mencapainya. Banyakkan sedekah, jangan takut duit atau harta kita habis kerana bersedekah, sentiasa kena bersyukur dan menghargai pada Allah apa yg diberi, Bagaimana nk submit doa pd yg maha berkuasa, bagaimana cara nak buat 6 tabungan dan banyak lagi, jika uolls ingin tahu dan belajar lebih lanjut kak nor cadangkan uolls register cepat-cepat kerana tidak rugi sedikit pun bila kita hadiri seminar ini. Setiap hari penuh dengan semangat, memang teruja sangat2.

Kak nor ingat sangat2 pesanan Dr Azizan agar kita rajin berselawat, jaga solat, istiqomah buat solat Dhuha. Bangun tengah malam buat solat tahajud dan mengadu pd Allah, Allah maha mengetahui lagi maha menyayangi, add value pd orang lain, hormati dan beri kesenangan pd kedua orang tua kita.
Yang pasti bila habis seminar IMKK ni kak nor ada sedikit perubahan dalam diri, hati lebih tenang, kalau dulu hati sekeras batu, tapi sekarang macam ais batu cepat cair..huhu.. lebih hormati suami, dah tak garang dan baran lagi. Lebih redho, jika terjadi sesuatu yang buruk kak nor cuma fikir Allah tu tahu segalanya dan ada hikmah disebalik setiap kejadian yang Allah jadikan. Masa ni kak nor pun terfikir bahawa jika tidak kerana kawan menipu kami suami isteri dulu, tentu kak nor bukan kak nor yang sekarang. Alhamdulillah kerana semua tu berlaku dan ada hikmah di sebaliknya. Sekarang kak nor lebih positif. Bangun pagi perkataan SYUKUR yg akan keluar dr mulut kak nor dulu. Alhamdulillah.

Sebenarnya kak nor telah menghadiri Seminar IMKK ni buat kali yg kedua pd July 2013 tempohari. So powerful memang tak tahan nk dapatkan aura positif lagi dan lagi. Memang berbaloi.Kak nor buat sesuatu yg bersangkut paut dengan bisnes mesti kerana keluarga dan adikberadik. Semua telah ditanam dalam hati. Keluarga dan adik beradik is priority. 

Untuk pengetahuan semua kak nor dah pergi bermacam2 seminar Dr Azizan Osman. Ada yg free ada yg berbayar. Banyak ilmu-ilmu yg kak nor dh kongsikan di page Airecca Collection sebelum ini.



                                         SEMINAR BERANI 2013 ~ MEMANG KAK NOR BERANI


SEMASA DLM DEWAN DISALAH SATU SEMINAR DR AZIZAN


                                        SEMINAR SEHARI KLINIK USAHAWAN DR AZIZAN


                      SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA ORANG KUAT RICHWORK "JERRY                                                             ZAFRUL" MASA SEMINAR IMKK JULY 2013


-bersambung


AKU MESTI CARI ELMU


-11-sambungan entri yg lepas

Aku mesti cari ilmu banyak-banyak, tapi mcmana? haa nk dikatakan rezeki, ternampak la iklan kat Fb mengenai Seminar Fesbuk Power yg free, kak nor terus register siap bawa semua adik-adik dan anak sedara serta agen yg berminat. Bila seminar Fesbuk Power  free tu abis je terus register tapi ambik pakej General sahaja sbb nk jimat duit. Ok waktu yg ditunggu pun tiba, lokasi seminar di Kelab Darul Ehsan Ampang selama 3 hari. Memang best, sebab banyak perkara Mr Bryan Gan ajar, masuk hari kedua kak nor tukar pakej dari General ke pakej Diamond, duduk kerusi depan. Pastu dapat group coaching. Waktu ni fb dah mula ada fanpage cuma kak nor tak reti nak buat orang nampak kewujudan fanpage Airecca Collection. Banyak juga la yg kak nor belajar dlm seminar 3 hari tersebut. Alhamdulillah abis je seminar terus praktikkan...wow page ada kemajuan..Like makin bertambah. Ada juga yg kak nor dah tahu dan pernah praktikkan cuma tak istiqomah aje. 

Dalam bisnes kak nor ini suami kak nor Mohd Shuib Omar adalah tulang belakang merangkap penasihat, merangkap best friend dan merangkap pemandu..huhu. Atas desakan dan sokongan beliau yg tidak berbelah bagi serta sokongan dari adik-adik juga mac 2013 kak nor telah register utk Seminar IMKK (Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan) selama 4 hari dgn pakej General. Kak nor cakap pd diri sendiri, ilmu tu tak kira kedudukan kerusi kita, yg penting kita hadir dan faham apa yg kita belajar serta fokus.




                                            SEMINAR ADVANCE FESBUK POWER

-bersambung

Tuesday, October 8, 2013

DARI OFFLINE KE ONLINE BISNES


-10 -sambungan entri yg lepas

Masa awal-awal Facebook ada kak nor pun berjinak-jinak juga, mula-mula tu memang blur, kak nor minta anak kak nor ajarkan dan masa tu pun pinjam PC anak je..ambik giliran bila time dia tak gunakan kak nor akan guna dengan waktu yg terhad. Mula nya FB memang slow sebab masa ni rakyat Malaysia tak semua ada internet dan hp canggih yg ada internet dan android pun belum di cipta. Kak nor juga telah mula buka kedai di Plaza TAR di chow kit. Orang kata masuk iklan majalah feedback bagus..memang bagus tapi sebab bajet untuk iklan tak besar jadi iklan di majalah hanya sekejap sahaja. Bisnes kedai sekadar ok sahaja kerana waktu ni Plaza TAR belum dikenali, kak nor sewa disitu disebabkan sewanya murah. Linda adik ipar kak nor diberi tanggungjawab untuk jaga kedai. Kak lin pula teruskan marketing diluar dan kak nor cuba fokus pada online bisnes. Mula-mula memang susah macam tuan guru saya bilang belajar itu satu proses, tapi disebabkan tekun dan fokus yang susah jadi senang. 

Kemudian kak nor mula dapat idea cari agen (setelah puas cari di internet apa yg perlu utk dibuat syarat) masa ni ambik foto blouse-blouse pun guna hp nokia (dh lupa nokia apa, foto pun tak cantik). Alhamdulillah bisnes online di FB nampak ada kemajuan dan peningkatan. Walau tak banyak tapi yg penting ada peningkatan customer dan sale. Asyik berebut PC dgn kedua-dua anak kak nor, geram sgt, kak nor pun beli notebook dengan harga rm1000.00 di PC Fair dengan duit poket sendiri, takut nk guna duit bisnes. Dengan izinNya dalam masa seminggu aje sale dh mula melebihi target, Ya Allah..alhamdulillah. Kedai masih cukup2 utk bayar sewa dan gaji Linda. Tapi bisnes online dh bole cover utk beli stok baru. Masa ni kak nor dah stat turun naik Indonesia. Masalah pulak bila kak nor outstation bisnes online jadi terhenti...kak nor berbincang dengan abang kak nor (penasihat tak bergaji) dia suruh adik kak nor - kak lin - utk buat online sama-sama..kak lin ni lagi la buta IT, tak pernah pegang komputer langsung...huhu. Tapi kak nor bole ajar its ok asal nk belajar, kak nor beli Laptop dikedai 2nd hand dengan harga murah tapi masih elok lagi. Ok dah ada notebook dan laptop. Rupanya bila dah 2 orang jaga online..nak dijadikan rezeki agen makin bertambah dan customer makin ramai, petuanya ialah selalu upload blouse-blouse terbaru dan servis mesti yang terbaik. Dan mungkin niat kak nor utk menolong dan berkongsi rezeki dengan adik beradik maka Allah bagi rezeki lebih.

Selepas lihat kedai di Plaza TAR mcm tak ok je, kak nor buat keputusan utk cari kedai lain dan dapat lah sewa kedai kecil dengan harga yg lebih mahal tapi dibawah sekali berhampiran Mydin chow kit...itu pun tak bertahan lama..sebab sewa nak naik lagi sale masih ditakuk lama...mana-mana stok tak bole jual, kak nor upload je kat fb sold out. Wow! hebatnya penangan FB. Ok! kedai yg berusia hampir setahun tu kak nor buat keputusan tutup dan linda pun bole fokus buat online. Sebab bisnes baju di online ni cerewet sikit. Banyak kerja remeh dibelakang tabir. Masa ni dan sampai sekarang kedai online kak nor masih beroperasi dirumah cuma rumah aje dari apartment dan berpindah kerumah double storey dengan ada bilik utk letak stok2 yg makin melambak-lambak tu. Masa tinggal di apartment memang malu nk buka pintu sebab ruang tamu rumah penuh dengan stok2 baju. 


-bersambung


SEBELUM BUAT MARKETING KENA CARI ELMU DULU


-9-sambungan entri yg lepas

Bertitik tolak dari situlah kak nor bertekad untuk buat sesuatu untuk kemajuan diri, kesenangan keluarga serta adik beradik.

Kak nor masih ingat seminar pertama yg kak nor hadiri ialah Seminar Tarikh Lahir oleh Dr Azizan Osman dan bila kak nor ikut formula beliau..kak nor adalah seorang "pemimpin"...rasa tepat sekali...kerana kak nor sekarang jadi pemimpin untuk adik-adik kak nor, agen-agen serta pengedar-pengedar sambil berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang bisnes pakaian wanita ini. Kak nor ada juga menghadiri seminar free Marketing Power oleh Dr Azizan Osman, tapi pada masa tu hati meluap-luap nk join yang berbayar tapi memandangkan kak nor ni jenis orang yg suka "tunggu dulu la" "kaji dulu" "tengok macamana"...hehehe. Masa pun berlalu bisnes yang dibina agak slow tapi kak nor cuba juga hadiri seminar yg kecil-kecil waktu yg tak panjang. Walau tak banyak input yg sesuai utk kak nor gunakan tapi dapat juga lah belajar sesuatu. 




Dalam waktu yg sama, kak nor dan adik-adik masing-masing bawa stok dan bahagikan kawasan utk pasarkan stok. Muka memang la terpaksa tebalkan walaupun kak nor biasa berniaga pasar malam dan bazar tapi ia tak sama dengan pergi ke kedai orang dan cuba nak jumpa tokey kedai tersebut. Memang mencabar hati dan perasaan.  

Masa ni belum stat buat online, orang Malaysia belum pandai beli online. Rasanya fb pun baru nk mula kot. Antara kejadian2 yg kak nor dan suami tak dapat lupakan ialah bagaimana kami buat appointment dengan satu kedai ni di Shah Alam, cara orang tu macam beria2 bila waktu yg ditetapkan dia tak muncul, kemudian dia ubah waktu dan tarikh, ok kami pun ikut sebab nk bisnes kan so tak bole la putus asa. Pastu bila kami pergi je dia tak muncul dan kata tak jadi nak tengok barang apakah lagi nak ambil barang. 

Ok positif kan diri wahai Norizah Ali. 

Tugas suami kak nor ialah approach customer dan tugas kak nor ialah menerangkan mengenai produk yg kami jual dan harga. Kejadian lain yg masih kak nor ingat dan jadikan cabaran ialah bilamana kami buat appointment dengan sebuah kedai ni...target kami semua kedai melayu, setelah memperkenalkan diri kak nor pun mula menerangkan mengenai produk tapi tengok dia macam endah tak endah shj, fuhh!! berpeluh camni..dia bole tanya pulak..baju-baju awak ni nk jual kat siapa? ada orang nk beli ke? saya bole dapat harga yang lebih murah, kat kenanga tu (tempat semua org beli borong di KL) semua tokey cina tu kenal saya dan bole bagi harga yg murah-murah shj! suara dia bergegar hotak kak nor dan suami...rupa2nya dia bekas askar yg berpangkat...patut suara kuat..hahaha..aduss..bila dikaji balik memang kak nor salah target customer. Rasa putus asa dan putus segalanya dah bermula...huhuhu..
Ok kita tukar ke customer yang kita kenal pula, cari balik kawan-kawan yg masih berniaga pasar malam dan bazar..tak ada yang sudi pun. 



-bersambung



TIPS UNTUK ONLINE SELLER





TIPS UNTUK ONLINE SELLER

Ramai diantara seller online yang tidak tahu cara bagaimana nak "tackle customer" untuk beli sesuatu dengan kita. 

Tips untuk "tackle customer"

Bila customer tanya satu patah, janganlah jawab satu patah.

Berikanlah segala info yang kita tahu dan buatkan pelanggan "jatuh cinta" dengan kita. Barulah dia akan beli dengan kita.

Kita jangan beri info di foto terlalu detail kerana jika terlalu detail maka tiada pertanyaan dari customer dan jika tiada pertanyaan maka tiada komunikasi, jika tiada komunikasi peratus untuk memujuk tiada langsung. 

Waktu customer buat pertanyaan itu la waktu yg sesuai sessi memberi info dan memujuk dengan cara yg berhemah..ada faham murid2.

The more you give, the more you get back.













Monday, October 7, 2013

JAKARTA HERE I COME


-8-sambungan entri yg lepas.


Ok pasport siap..time ni buat pasport rm300 beb..orang nk bawa kami tu kak nor dan kawan share bayar upah bawa kami. Maka kami pun set date dan time yg sesuai untuk memulakan mission. Tak lena kak nor dibuatnya...kak nor pergi tanpa suami kerana nk jimat belanja sebab bole share bilik hotel dgn kawan kak nor tu. Hanya berbekalkan rm5000 kak nor pun berangkat ke Jakarta Indonesia selama 4 hari. Tujuan nak cari pot untuk beli borong sambil nk survey tempat untuk buat tempahan blouse. So bermula dari situ la kak nor naik perlahan-lahan dari modal rm5000 dan bawa pulang barang sendiri sehinggalah dapat beli barang beribu-ribu ringgit dan mula bawa pulang barang melalui shipping. Tapi memang bukan semudah ABC tapi jika kita tak pecah kan ruyung mana nk dapat sagunya. Jika kita tak cuba mana nak tahu apa hasilnya.

Dari sejak itu kak nor tidak menoleh kebelakang lagi, kak nor mula mengatur strategi untuk lebih maju lagi dan kak nor memang teringin menolong adik2 kak nor yang bukan golongan yang senang. Kak nor berpakat adik beradik dan tertubuhlah AIRECCA COLLECTION yg diambil dari nama asal SAYA REKA di alih bahasa dan bagi lagi sedap maka jadi lah AIRECCA. Kak nor seorang yg berdaya maju, tidak cepat putus asa, dan ingin belajar, belajar dan belajar kerana kak nor bukan dari golongan org berpelajaran tinggi ..hanya lepasan SPM. Tapi itu bukan penghalang utk kita maju didalam sesuatu bidang yg kita memang minat dan kita bole jadi Pakar dalam bidang tersebut dengan menuntut ilmu. Tapi masa ni masih belum pergi mana2 seminar...zaman ni seminar belum banyak macam skg. Mana nk cari ilmu ni...haa dengan baca buku...alamak buku mahal juga..hah ada idea! ..pergi MPH baca free...salin secara ringkas kata-kata motivasi terutamanya untuk menaikkan semangat sebab sebagai manusia biasa kita cepat "down". Hihi...maaf yea MPH halal kan ilmu dari buku yg saya baca free tu yea..



-bersambung

KELUAR DARI KESUSAHAN HIDUP



-7-sambungan dari entri yg lepas

Bisnes di pasar malam, bisnes di bazar memang kena rajin dan sanggup berpanas dan berhujan. Pernah banyak kali sepanjang berbisnes berbumbung kanopi sahaja..musim hujan memang kena buat satu keputusan samada nk niaga ke tidak untuk hari tersebut. Kalau tak niaga nanti soru miss, kalau dibuka bisnes untuk hari tu pula...siap je disusun semua baju dlm kanopi hujan pun turun yg gerimis dulu tak apa juga, ini jenis yg terus lebat ..mau kelam kabut tutup kanopi dengan plastik dan cepat2 susun baju untuk simpan...masa tu tinggal pulak kat flat, tau2 aje la bila baju2 jualan basah memang kena angkut ke atas la utk disidai kalau tak berkulat baju2 tu. Masa tu ruang tamu jadi tempat sidai baju, letak bawah kipas sebab nk cepat kering esok nk niaga semula. Pernah suatu hari tu kak nor berniaga di kawasan perumahan tentera disediakan kanopi besar, masa tu jaga sorang2 sebab suami uruskan anak2 sekolah. Tak sangka langit yg cerah rupanya hutan ditengahari siap ribut, jenuh kak nor nak menyelamatkan baju-baju jualan dari basah tapi ribut yg kuat tu tak mampu kak nor nak lawan, maka semua baju2 dengan kak nor sekali basah kuyup org utara cakap "basah lencun". Tapi alhamdulillah semua cabaran tu kak nor dan suami dh lalui dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Orang kata bila kita tengah susah, semua perkara kita sanggup buat walau sesusah mana pun janji anak-anak dapat makan. 

Bermula tahun 2009 kak nor dh mula buat satu matlamat untuk keluar dari kesusahan. Masa tu kak nor tengok supplier pakaian semua bukan orang melayu, syarat yang mereka tetapkan pun macam membebankan sikit, kiranya kalau modal takat rm500 mungkin satu design aje yg bole dibeli. Jadi melalui penelitian kak nor masalah ni bole jadi satu peluang pada kak nor. Masa tu dah bertekad nak jadi supplier pakaian wanita sebab kak nor dah nampak arah tujunya. Kebetulan kak nor berkawan dengan supplier tudung yg pd awalnya susah macam kak nor juga dia yang banyak memberi semangat bahawa kak nor bole buat. Orang kata tiada tindakan tiada keputusan. Kak nor mula mencari siapa yg bole bawa kak nor dan kawan kak nor tu ke Indonesia, negara yang kak nor target untuk beli produk pakaian memandangkan tukaran matawangnya yg lebih rendah. Nak pegi ke China rasa belanja lagi besar sebab masa tu duit simpanan ada dalam rm5000 shj (hasil simpanan berniaga pasar malam dan bazar pagi)  Percaya tak?




-bersambung



Saturday, October 5, 2013

TIPS UNTUK MENJADI PENIAGA ONLINE



Kak Nor tau ramai yg minat nk buat bisnes online, tapi tak tau mcmana nak mula kan...betul tak?

Mudah sahaja untuk menjadi peniaga ni sebenarnya. Orang selalu sebut "susah la nak bisnes, saya tak ada modal". Sebenarnya nak mulakan bisnes online lah paling mudah.


  • Anda tak perlukan modal besar pun, hanya perlu internet, laptop atau sekarang dh canggih sikit bole guna HP. 
  • Buat permulaan anda bole jual produk2 yg bersepah2 dipasaran online dengan cara jadi agen dropship atau kapal jatuh..hahaha mesti yang tak pernah dengar macam pelik aje bunyi nyakan. 
  • Pastikan juga produk yang bakal nak jual tu sahih dan supplier tu wujud agar bila anda buat pembayaran duit anda tak melayang ditipu. Nanti nama baik kedai online anda juga yg tercemar. 
  • Banyak supplier yg bagi percuma dan ada yang minta bayaran dengan jumlah yg minima sahaja untuk pendaftaran sebagai agen. Bila anda dah buat pendaftaran pasti diberikan terma syarat dan cara-cara bagaimana nak mulakan. 
  • Haa tunggu apa lagi yang memang berminat tu, mula la cari di page atau fb, anda bole terus inbox mereka jika anda lihat foto-foto yang mereka pamerkan menarik minat atau passion anda untuk menjual produk mereka.
  • Tanyakan berapa komisen yg mereka berikan.
  • Tanyakan servis yang mereka berikan bagaimana, kerana para customer akan lebih suka pada servis yg cepat, contohnya bayar hari ini esok dah dapat produk yg mereka beli tu. Dan kesangsian mereka terhadap penjual pun akan hilang jika mereka dapat produk tersebut dengan cepat. Dan mereka akan mula jadi customer tetap anda.

Jika anda ingin jadi agen dropship Airecca lagi la mudah, cuma register rm10 arini saat ini, anda bole terus jadi agen, cara dan info diberi serta merta. Segala foto semua disediakan. Airecca bagi servis terbaik, arini customer bayar esok dh dapat blouse, dh tentu customer suka servis gini. Tak caya join le..







Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang cantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.

Friday, October 4, 2013

GUNA STRATEGI BARU

-6-sambungan dari entri yg lepas

Pada tahun 2007 bermula la kehidupan kak nor sebagai peniaga pasar malam, menarik sebenarnya sebab sewa murah rm3.00 untuk satu petak, waktu kerja dr 3.30 petang balik dan smpai rumah pukul 11.00 malam. Kak nor perlahan-lahan menukar produk dari T-shirt ayat power ke pakaian wanita tapi jenis yang murah-murah untuk mendapat duit cepat. Bagus sebenarnya jual pakaian wanita ni sebab buying power memang terletak ditangan wanita..ayat-ayat sikit dah beli, alhamdulillah taste kak nor beli produk untuk dijual melekat dijiwa pelanggan, sebab kak nor dah mula ramai pelanggan yang mencari dan kak nor pun dah mula tambah kanopi dari satu ke dua kanopi padahal masa tu belum ada tapak tetap. Orang pasar malam panggil "Rambo" hahaha..bila dah kenal ramai kawan, pergi pasar malam mana pun inshaa allah dapat tapak itu la pentingnya networking ni.

Selain berniaga dipasar malam kak nor try-try juga berniaga pasar pagi...memang meletop..pastu dapat pulak tapak hari jumaat dikawasan ofis orang panggil "Jalan Tengah" bisnes kat sini memang mantop! setiap jumaat target sale mesti besar..dari 10.00 pagi hingga 2.30 petang kak nor mesti bawa balik rm1200.00 dan produk mesti pow-pow sebab persaingan hebat kat situ. Tapi ayat memujuk mesti power senyum mesti manis. Allah tu tak zalim, selalunya doa orang yg sedang susah memang akan dimakbulkan..cuma orang je yang selalu tak nak berdoa dan meminta dari NYA. Alhamdulillah berkat doa, usaha kak nor dan Izin Allah dapat tapak di Bazarena Shah Alam walaupun sebelum tu jenuh juga la, rambo sana rambo sini, kena halau, kena saman..pergi niaga seawal 5.30 pagi utk nak booked tapak, kalau2 ada peniaga yang tak datang. Tapi niaga kat situ kalau stok tengah banyak dan orang dah gaji memang bawa balik rm2000.00 pun ada. Sebab tu segala rintangan dari pihak berkuasa kami hadapi sebab pulangan berbaloi2.

                                          TAPAK BAZAR "JLN TENGAH" SETIAP JUMAAT
                     

                                          PUSAT BANDAR DAMANSARA




                                          TAPAK PASAR MALAM KERAMAT PERMAI


                                          TAPAK BULAN PUASA DI THE MALL



-sambungan


Thursday, October 3, 2013

MULA NIAGA PASAR MALAM


-5-sambungan dr entri lepas

Macamana la nk teruskan hidup ni..itu yang kak nor dan suami dok pikirkan..rasa sedih sangat sebab duduk di negara sendiri tapi tengok bangla dan indon lagi bebas berniaga. Masa tu dalam fikiran cuma menyalahkan kerajaan aje. Tak pun terfikir bahawa berlakunya sesuatu tu atas kehendakNYA. Lepas tu kak nor dan suami cuba pula mengintai-intai peluang berniaga dipasar malam memandangkan sewa tapak lebih murah dan waktu berniaga lebih pendek jadi tak perlula nak tinggalkan anak-anak dirumah terlalu lama. 

Perasaan malu tetap ada yea la mula-mula niaga dalam kompleks, kemudian ke bazar akhirnya ke pasar malam. Orang makin maju, kami pula makin mundur. Takpa ini satu cabaran, nasib dapat suami yang PR bagus sebab mula-mula nak masuk niaga pasar malam bukan senang sebab tapak semua orang punya, pastu kak nor pulak tak ada kanopi dan lampu. Jadi kami plan guna satu besi ralling sahaja kemudian cari tapak kosong yang berhampiran orang yang guna lampu terang jadi boleh la tumpang cahayanya. Jenuh juga la nak cari pot baik, akhirnya dapat kat pintu masuk pasar malam tu..(pasar malam melawati) kak nor jual t-shirt yang ada ayat-ayat tapi ayat dalam bahasa orang putih (kawan baik bagi consigment) punya la susah nak jual kat pasar malam, sebab pasar malam ni ramai orang indon bukan dia paham makna ayat-ayat tu walau power..hahaha..nampaknya kena tukar strategi.


-bersambung


TERASA GELAP


-4-sambungan dr entri lepas.

Memandangkan hidup mesti diteruskan anak2 mesti bersekolah maka kak nor dan suami plan nk cuba bisnes di Downtown Cheras, tapi masa tu Downtown baru nk idup kak nor pun tak ada produk yang sesuai maka hanya dapat bertahan beberapa bulan sahaja kerana tak balik modal dengan sewa bulanan rm350.00 sebulan memang tak dapat nk cover masa tu. Jadi kak nor pun terpaksa tutup lagi. Kemudian dengan baki duit yg sedikit kak nor cuba menjual pakaian remaja yg murah-murah dan mencuba tapak di hadapan bukit bintang (atas info kawan lama) ..walau sewa agak mahal tapi tak perlu bayar deposit dan dibenarkan berniaga dulu baru bayar sewa, baikhati sungguh penganjur tersebut. Bisnes ok hasil pun memuaskan terutama waktu pelancung ramai. Tapi sayangnya tapak tu tidak bertahan lama sebab tidak mendapat kelulusan pihak majlis. Terpaksa la tutup sekali lagi dengan sedihnya kerana baru nk mula kumpul duit. Terasa gelap masa tu kerana tiada lagi tempat untuk berbisnes...





-bersambung


SETIAP MASALAH PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA.


-3-sambungan dari entri lepas

Maka bermulala kisah sedih dalam hidup kak nor bersama suami dan dua orang anak lelaki, tapi alhamdulillah anak-anak walau pun usia masih muda sangat-sangat, yang sulong 13 tahun yg bongsu 9 tahun tapi mereka amat memahami kesusahan yang ibubapa mereka lalui, mereka tak minta macam-macam pun. Masa tu otak ligat berpusing, duit dalam bank dh hampir licin di korek yang mana pembayaran seperti insuran anak-anak terpaksa diberhentikan, tinggal pembayaran yang betul-betul perlu sahaja. Masa ni kereta Unser yang dibeli tetap kena bayar sebab nak jual balik memang rugi sangat-sangat malah kena top-up lagi pembayaran di bank. Kereta iswara yang patutnya dijual melalui kawan kak nor tu pula telah disorok oleh kawan tu kemudian duit pembayaran different yang patut dibayar ke bank telah diambil pakai oleh kawan tersebut (mungkin kami nak senang berurusan dan percaya sangat padanya sebab tu kami serahkan duit tersebut tanpa ada hitam putih - pesanan setiap perkara yang bersangkutan duit mesti ada hitam putih).

Korang tentu dah biasa dengar bila kita ditimpa satu masalah, masalah lain akan datang bertimpa-timpa juga. Tapi kak nor selalu guna prinsip "setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cuma lambat cepat sahaja ia berlalu"...

-bersambung

MULA TUTUP KEDAI


-2-sambungan entri yg lepas.

Tapi dapat juga Kak Nor bertahan sehingga tahun 2004 kemudian pada tahun tersebut mungkin Allah nak menduga kak Nor dan suami (mungkin kami sentiasa dalam kelalaian waktu itu -peringatan dan hikmah utk kami berdua), kami ditipu oleh kawan baik sendiri dalam pembelian kereta Unser dan penjualan balik kereta Iswara. Sedih sangat..mana tidak, hidup dari zon selesa terpaksa ikat perut..masa tu hutang stok majalah makin bertambah..hotak makin serabut dok pikir macamana nk cover hutang-piutang yang bukan sedikit, supplier-supplier amat bertimbang rasa mereka tak terus stop penghantaran kerana kami good paymaster. Tapi mereka kurangkan kuantiti penghantaran..jadi bila stok sikit income masuk pun tentu la jadi sedikit..macamana nak pusing modal, nak bayar hutang, nak belanja kos sara hidup lagi, time tu anak sulong kak nor sekolah agama swasta pulak...aduhai..itu la yea..orang kata kerana duit orang boleh menjadi gelap mata. Kawan pun jadi lawan.

Tapi tak apa walau ia penyebabnya bisnes kedai Majalah dan Novel kak Nor terpaksa gulung tikar kerana terpaksa guna duit modal pusingan untuk membayar hutang dibank maka bermula lah zaman kejatuhan dan kesusahan kak Nor sekeluarga. Masa tu suami kak nor dah berhenti kerja sebagai Chef di Hotel kerana keadaan masa kerja kami yang berbeza dan kak Nor susah nak buat kerja-kerja pembelian barang sorang-sorang maka kak Nor pun minta suami berhenti sebab masa tu rasa keyakinan diri memang tinggi untuk maju, dan kak nor tahu yg kak nor boleh buat dengan jayanya. Hidup memang tersangat-sangat susah masa tu, rumah pun jadi tertunggak untuk bayaran bulanan bank. Kak Nor ini seorang yang kuat semangat, payah nak menangis, hati keras walau keadaan teruk macamana pun perasaan putus asa tiada dalam kamus hidup kak nor. Semangat juang untuk maju, untuk naik semula memang tinggi pada waktu itu.


-bersambung


Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang cantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.

Wednesday, October 2, 2013

SIAPA KAK NOR? MAJISTRET..AHLI MUZIK?

Assalammualaikum

Hye, nama saya Norizah Ali..lebih mesra dipanggil kak Nor, Pengasas Airecca Collection  : )


Sebelum tu kak Nor ingin bercerita sikit..mengenai diri kak Nor tu pun kalau anda semua sudi nak luangkan masa. Sebelum kak Nor berada ditahap sekarang yang mana bisnes pakaian wanita ini menjadi satu lambang kekuatan ,kesungguhan dan ketabahan pada kak Nor. Kak Nor pun tak sangka yg kak Nor begitu kuat dan tabah dalam mengharungi jatuh bangun dalam bisnes ini. Kalau nak cerita bagaimana bermulanya bisnes pakaian dengan jenama Airecca Collection ni panjang boleh buat sebuah buku rasanya. Tapi tak apa kita buat bersiri..amacam?

Semuanya bermula pada tahun 1998 setelah berhenti kerja disebuah syarikat kewangan kak nor berazam untuk menjadi surirumah sepenuh masa (waktu bekerja tersangat la teringin nak jadi surirumah) tapi hehehe..dapat bertahan 2 bulan sahaja..memang tak boleh tahan, waktu itu internet dh ada tapi tak best macam sekarang, dulu line internet slow giler. Jadi pada May 1999 kak nor membuka kedai majalah dan novel di satu-satunya kompleks di Sg Buloh. Nak tahu tak kenapa dalam banyak-banyak bisnes, kak nor pilih bisnes majalah dan novel? ini kerana kononnya ia tidak berisiko sebab boleh return bila tak boleh dijual. Memang tidak berisiko tapi keuntungan sangat sedikit, dengan modal yg cinonet aje hasil berhenti kerja akibat gawat dlm tahun 1998. Bilamana modal kecil mulala kita nak buat duit modal pusingan amat payah sekali.


-bersambung