PAYMENT FORM AiRECCA ♥

* AGENT PAYMENT FORM

*AGENT PERLU ISI SEMUA RUANGAN! ♥

*PASTIKAN SEMUA RUANGAN DI ISI DENGAN LENGKAP! ♥

Full Name Agent :
FB Username Agent :
Phone Number (Agent) :
Email Agent (Penting !) :
Customer Name :
Home/ Office Address (Customer) :
Phone Number (Customer) :

Example :

Product code / Size / Colour : A4-AR29-BLACK CRYSTAL POLOS / M / Hitam

Product code / Size / Colour : (Required)
JUMLAH BAYARAN (MYR):
Bank Pilihan : Maybank2u
Cimb Clicks
Online banking (dari bank lain)
ATM Cash deposit- Maybank
ATM Cash deposit-CIMB

Jika anda mahu menukar tempahan atau menambah tempahan selepas menghantar borang ini

SILA maklumkan pada kami melalui facebook (Norizah Ali Airecca)

 

TERIMA KASIH ♥


Create a web form here

FIND US !!

FIND US !!
CLICK ME !!

Monday, October 7, 2013

KELUAR DARI KESUSAHAN HIDUP



-7-sambungan dari entri yg lepas

Bisnes di pasar malam, bisnes di bazar memang kena rajin dan sanggup berpanas dan berhujan. Pernah banyak kali sepanjang berbisnes berbumbung kanopi sahaja..musim hujan memang kena buat satu keputusan samada nk niaga ke tidak untuk hari tersebut. Kalau tak niaga nanti soru miss, kalau dibuka bisnes untuk hari tu pula...siap je disusun semua baju dlm kanopi hujan pun turun yg gerimis dulu tak apa juga, ini jenis yg terus lebat ..mau kelam kabut tutup kanopi dengan plastik dan cepat2 susun baju untuk simpan...masa tu tinggal pulak kat flat, tau2 aje la bila baju2 jualan basah memang kena angkut ke atas la utk disidai kalau tak berkulat baju2 tu. Masa tu ruang tamu jadi tempat sidai baju, letak bawah kipas sebab nk cepat kering esok nk niaga semula. Pernah suatu hari tu kak nor berniaga di kawasan perumahan tentera disediakan kanopi besar, masa tu jaga sorang2 sebab suami uruskan anak2 sekolah. Tak sangka langit yg cerah rupanya hutan ditengahari siap ribut, jenuh kak nor nak menyelamatkan baju-baju jualan dari basah tapi ribut yg kuat tu tak mampu kak nor nak lawan, maka semua baju2 dengan kak nor sekali basah kuyup org utara cakap "basah lencun". Tapi alhamdulillah semua cabaran tu kak nor dan suami dh lalui dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Orang kata bila kita tengah susah, semua perkara kita sanggup buat walau sesusah mana pun janji anak-anak dapat makan. 

Bermula tahun 2009 kak nor dh mula buat satu matlamat untuk keluar dari kesusahan. Masa tu kak nor tengok supplier pakaian semua bukan orang melayu, syarat yang mereka tetapkan pun macam membebankan sikit, kiranya kalau modal takat rm500 mungkin satu design aje yg bole dibeli. Jadi melalui penelitian kak nor masalah ni bole jadi satu peluang pada kak nor. Masa tu dah bertekad nak jadi supplier pakaian wanita sebab kak nor dah nampak arah tujunya. Kebetulan kak nor berkawan dengan supplier tudung yg pd awalnya susah macam kak nor juga dia yang banyak memberi semangat bahawa kak nor bole buat. Orang kata tiada tindakan tiada keputusan. Kak nor mula mencari siapa yg bole bawa kak nor dan kawan kak nor tu ke Indonesia, negara yang kak nor target untuk beli produk pakaian memandangkan tukaran matawangnya yg lebih rendah. Nak pegi ke China rasa belanja lagi besar sebab masa tu duit simpanan ada dalam rm5000 shj (hasil simpanan berniaga pasar malam dan bazar pagi)  Percaya tak?




-bersambung






Kepakaran kak Nor ialah menyediakan blouse2 cotton yang cantik dan berkualiti dengan harga borong yang berpatutan. Serta menyediakan platform utk yang berminat bisnes tanpa modal, tanpa risiko tapi menguntungkan. Dengan kaedah menjadi Agent Dropship anda dapat menjana pendapatan sampingan. Berapa ramai yang ingin tahu cara atau kaedahnya bole la segerakan sms, whatsapp 012 627 2010/ 012 917 6641 atau PM (Private Message) Fb page di www.facebook/Airecca.


No comments:

Post a Comment